Thursday, January 10, 2013

KURUS KURUS KURUS

assalamualaikum.

hi semua. apa khabar semua? sihat? aku alhamdulillah sihat. ohh aku bertambah tambah sihat. syukur aku semakin sihat sejak duduk rumah ni. aii, banyak betul aku mention pasal sihat ni kan. well. hari ni nak cerita pasal kurus. okay moh kita mention pasal kurus pulak. kut ya, mana tahu aku betul betul jadi kurus nanti kan. ameen cepat awak awak semua. doakan aku sekali. support aku ya. 

sejak aku abis dip ni kan, aku memang jadi penganggur terhormat kat rumah ni. opsiee, aku jadi suri rumah lah senang cerita. sampai rasa dah boleh kahwin dah ni cuma bab masak je aku macam slow sikit. haha. makan laju, bab masak slow. hishhh. anak dara zaman sekarang ni. apa macam laa kan. nak tambat hati mentua kena lah pandai masak baru boleh pikat hati sekali. hehe. tak pe takpe, aku dalam proses belajar lagi ni. takde lah tak reti langsung. kalau nak masak telur pun tak pass. erm, rasanya memang payah jugak kan. 

so,oleh sebab semalam aku timbang berat aku and and so surprised tengok result nya. oh ohh imagine. aku dah masuk angka ** rasa macam nak jogging terus lepas tu tau. imagine lah betapa terkejutnya aku. so aku azam nak turun dalam 6 kg. chehh, azam macam azam tahun baru pulak kan. samelah tu, kiranya azam tahun baru lah ni kan. 

6 kg dalam sebulan? Boleh taK ya?



oh nak tak nak aku dah azam ni. start next week aku akan tahan diri aku dari makan nasi. oh, sebab nasi banyak karbohidrat, eh betul ke? okay yang pasti makan nasi dengan banyak akan menambahkan lagi berat.  pasalnya aku ni kalau makan nasi tak boleh sikit sikit. so, kena cepat cepat berubah ni. kalau tak memang sampai bila aku takkan capat target aku ni. okay, untuk menggantikan nasi, aku dah fikir aku kena makan roti untuk make sure aku kenyang. sebab ada kanji dalam roti boleh buat kita cepat kenyang. dua keping roti sama dengan sepinggan nasi. ohhh aku hari tu makan berapa keping entah roti plus dua pinggan nasi. ekau boleh bayang tak betapa seleranya aku makan kan. haha. happy sangat kut ni. #eh


lepas tu, aku akan cuba kurangkan minum minuman yang manis. especially susu pekat manis tu, gula. oh betapa susahnya aku nak tahan but still kena tahan. dah lah aku ni peminat nescafe sangat sangat. ohhhh sabar amieza. kena berkorban untuk kesenangan future. ececehhhh. future. yapp. nak kahwin nanti nak cari baju kahwin senang sikit. hehe. *ops advance*

kurangkan minuman manis pun boleh sihatkan badan kita. boleh elak darah tinggi, kencing manis. okay, aim kita bukan untuk kurus but untuk sihat juga. well, 2 in 1 . ayuhhh! *oh semangat sangat* hehe. then, kita gantikan minuman manis dengan air mineral. air yang paling bagus antara banyak air kat dunia ni. perasan tak kalau kita makan, mesti nak air mineral jugak lepas makan, contohnya makan makanan pedas. mesti cari air mineral sejuk kan. kalau penat, air tu jugak yang dicari. nampak tak betapa pentingnya air mineral dalam hidup kita. eicehh macam boleh tukar bidang belajar dah ni. haha.

seterusnyaa. moh kita exercise. okay part ni aku tak berapa yakin dengan diri aku pasalnya aku memang susah betul nak pegi jogging. hehee. but untuk make sure badan always sihat, kenalah sanggup buat semua ni kan. exercise tak semestinya kena jogging haaa tiap tiap hari untuk kurus, untuk peringkat awal ni aku rasa exercise ni macam dalam bentuk bentuk ringan. menari nari ke or maybe berjalan jalan paling kurang 45 minit sehari. so bunyi macam tak hard sangat kan. semua boleh buat. yeah! pasti boleh punya.

sebab kan kena kurangkan makan makanan yang banyak kalori, so banyakkan makan buah buahan sebab buah buahan banyak vitamin. okay, nak kurus ni bukanlah tak boleh makan langsung kan. jadi aku plan dalam my mind nak start makan makanan yang berasaskan sayur and semua jenis sup. sup adalah makanan terbaik untuk kita maintain sihat. orang jepun,korea,cina mostly banyak asas nya sup. sebab tu badan diorang sangatlah cantik dan kita sangatlah jeles dengan diorang kan. hehe. *pengaruh cerita lagi* 

aku rasa setakat ni jelah aku nak cerita pasal kurus. in sha Allah aku boleh buat. dalam masa sebulan ya? hurmm. pasalnya aku nak make sure yang before aku masuk study balik ni aku nak target yang berat aku ni tak overweight macam sekarang. hihi. overweight ke? ni kalau mak cik tengok mesti cakap buang tebiat aku nak kurus sebab aku yang sekarang dah okay. tapi tahukah yang aku dapat rasa yang aku semakin gem ni pasalnya bila aku duduk aku dapat rasa macam "fat" tu macam dah banyak. okayy nampak tak betapa scary nya. so ayuh kita jadi sihat dan pada masa yang sama kita boleh KURUS. 

yang paling penting nak make sure kita kurus dengan cepat and sihat. kenalah disiplin diri kita. kena control nafsu makan. urm, aku cuba slow slow. control makan? paling susah nak buat pasalnya bila nampak makanan favourite kita, konpem lah kite dulu yang terkam makanan tu kan. but now kenalah sacrifice sikit. ohh my lasagna. takpe takpe nanti dah dapat berat ideal baru boleh makan semua tu but still kena control. tak perlu bazir duit nak beli ubat kurus and nak pegi slim world tu. janji ade disiplin diri, mesti kita boleh buat punya. confident yourself! 

aku akan tunjuk selepas sebulan apa resultnya. wait and see ya. in sha Allah. support me ya. okay, jumpa lagi di next entry :D


come on ! 2 in 1. kurus dan sihat. ayuh semuaa. hehe :D

okay semua. nanti jumpa lagi ya. assalamualaikum.



2 comments:

  1. 10 kg dalam sebulan pun boleh ;) true story..

    ReplyDelete
  2. siyes qila? wowww amazing. mcm mana? :)

    ReplyDelete