Saturday, June 12, 2010

copy paste

urm,aku suke wat cerite yg sengal2 so,nie slh satu citer sengal aku.haaha, aku dlu nak jugak anta kat mne2 penerbit novel tp an ayat pown mcm dak tadika ader hati nak jadi novelis.haha. so,aku wat nie skdr suke2,and criter nie msh xder ending lagy. 1st time aku wat criter org dewasa mcm nie,bese nyer ak wat cter student,and hope aku dpt wat cter yg lebih happening dri criter nie.haha. ak xske wat cerite sedih so mmg hampeh lah nak jadi novelis.haha.

btw nie slh satu part dlm criter yang xder ending lagy nie.haha.

p/s :ayt mmg rojak sbb xikut skrip.haha

“ish! Apesal tak bagi salam dulu?terkejut saya!”Hani bersuara sebaik melihat kelibat Izzat di hadapannya itu smabil mengurut dadanya akibat terkejut. Iye lah,sebaik menoleh ke hadapan,melihat seseorang yang sedang memandangnya macam stalker pulak. Ish!

Izzat pulak yang terkejut akibat disergah begitu. Masing2 terkejut antara satu sama lain.

“saya bagi salam lah tadi...awak je yang tak dengar..” dush! Hentam je lah dari termalu dengan minah ni. Tak pasal2 nanti kena sembur pulak. Memang bagi salam pun,dalam hati. He he he.

Aduh!malu lah Izzat tengok dia mengelamun. Mesti macam2 andaian mamat ni kasi aku! Minah jiwang?ehh,apa aku melalut ni. Aku datang sini jumpa dia bersebab bukan nak bertekak dengan dia. Tarik nafas Hani...satu dua tiga..

“kenapa nak jumpa saya?rindu?”

Spontan Hani ternganga. Soalan yang tak terduga. Dia pun belum buka mulut,Izzat dah utarakan soalan yang begini punya susah. Perasan! Melihat Izzat yang tersengih2 melihatnya membuatkan Hani semakin geram. Dia terkena! Ish! Kurang asam jawa punya Izzat!

“perasan betul awak ni. Memang macam ni selalu ke?” Hani membalas. Lain yang patut dibicarakan,lain pulak jadinya. Gara2 Izzat lah ni. Tapi,perasan??aku pun mudah perasan jugak,papa selalu cakap aku ni mudah perasan cantik. Iya ke?ish! dua kali lima jugak dengan mamat ni. Tapi aku memang cantik kan?he he he. Hani ketawa dalam hati,tidak sedar dia tersenyum kecil memandang Izzat.

“tak adalah selalu. Tapi ni lebih kurang kerja part time saya...”

Spontan Hani ketawa besar. Part time?ada ke orang kerja part time untuk perasan2 nie? Aduhai,pelik2. Nasib kaulah Hani dapat ‘bakal suami’ macam ni.

Terpana Izzat melihat Hani ketawa senang hati. Dia senang melihat senyuman itu. Seolah-olah dia baru sahaja memberi duit yang begitu banyak kepada gadis itu. Betul2 bahagia nampaknya! Dalam tidak sedar dia turut melemparkan senyuman manis buat Hani. Trelupa sebentar untuk bertanyakan perihal tujuan Hani mengajaknya ke sini.

“okey2..sorry2. terover pulak gelak. Ehem..” Hani cuba membetulkan semula suaranya di akhir kata.

Izzat tersenyum manis. Kelakar jugak minah ni! Ter’over’ gelak?bukan ter’over’ tapi memang over pun. Ha ha ha.

“okey,berbalik tujuan asal saya nak jumpa awak hari ni. Urm..”

Aduh!mulut ni susah pulak nak cakap,adeii...ada emas ke dalam mulut aku ni?dush2!!! Hani marah dalam hati.

“urm ape...?habiskan lah cakap awak tu,jangan cakap tergantung macam ni. Kalau jadi peguam ni,fail dah!”

Peguam?fail?memanglah..sebab tu jugak aku tak jadi peguam. Gerutu hatinya. Ada makan sudip mamat ni nanti!

“hari tu kan saya ada tolong awak,jadi kali ni kalau saya nak tuntut janji saya, boleh?”lembut Hani mengutarakan soalan itu.

Tolong?tolong apa?tolong hentikan perkahwinan antara mereka?ya! memang itu yang aku nak buat dari dulu. Bagus jugak! Izzat berkira-kira dalam hati.

“tolong apa?” tepat Izzat memandang kea rah Hani yang berada di hadapannya. Kini wajah gadis itu mulai serius,berbanding tadi yang ketawa sampai tidak ingat dunia.

Gulp!macam mana nak start ni? Mintak awak jadi pakwe saya sekejap,boleh?aduh! takkan macam ini? Kalau saya nak awak berlakon jadi pakwe saya,boleh? Gila! Itu dah macam perigi cari timba. Habis tu....?

“i’m waiting...”

Hani masih terdiam. Masih memikirkan ayat yang perlu dikhabarkan kepada Izzat. Silap kata tidak boleh diundur. Okey,Hani....you can!

haha,okeh2,smpai sini jer dpt aku copy kan dri ceriter aku. skunk dlm proses nak seapkan criter nie. fighting!!!!




No comments:

Post a Comment