Sunday, May 6, 2012

kahwin awal?

assalamualaikum.

masyaallah. dah pukul 4 lebih pagi ni aku still menghadap lappy. tadi niat nak tido dah. siap said goodbye semua semua kt kawan kt fb,tweeter last last tak jadi nak tido. ekcelli time nak pergi kenduri kat Jengka tadi dah banyak kali tido dalam kete,tu pasal dah takde rasa nak tido.hihi.

okay,back to this topic. Since lately kan ramai betul orang update pasal kahwin awal. membuat aku turut eksaited nak mengupdate blog ni. hihi. gigih menaip ni even line ni tak laju pun! haha.


KAHWIN AWAL ?



Okay sebenarnya kahwin awal tu bagi advantage ke sebaliknya? meh kita cerita sikit. Masuk ni,aku dah baca dua blog yang umur sebaya aku dah kahwin. what? umur 20 dah kahwin?ada tu yg umur 19 tahun dah kahwin. okay, why not?

Rata rata yang aku baca blog diorang, semua cakap kahwin awal tu,bahagia. sebabnya.. kita dah sah jadi suami isteri and halal nak buat apa. Nak dating hari hari pun tak apa,dapat pahala lagi. Nak mesej hari hari pun boleh, pahala makin banyak. Nak tatap muka si dia hari hari pun tak apa,bertambah tambah rasa sayang dan pahala pun makin bertambah. pegang tangan pun tak de siapa nak marah. sebabnya dah halal di sisi Allah. itu yang penting kan.

aku buat survey sikit through my friends. most of them said, tak ready lagi. umur 20 ni terlalu muda untuk kahwin. later dah kahwin,nanti bawak masalah. yap,its true. semua tu akan bawak masalah kalau antara suami isteri tu tak ada persefahaman. tapi kalau masing masing saling memahami, seriously takkan ada perbalahan yang berlaku dan rumahtangga pun akan bahagia selamanya. maybe ada yang belum ready sebab nak ada kewangan yang stabil dulu. erm,yap. aku tak boleh cakap tu salah,tapi tak salahkan kalau kita sama sama cari punca rezeki tu.

and some of my friends said yang diorang nak sangat kahwin awal tapi tak ada calon. itulah kan,dugaan. bila yang dah jumpa calon, tak ready pulak. Jangan risau,jodoh awak ada sedang menanti cuma terhalang dek pandangan kita asyik pada orang yang salah je.

Ingat lagi ada episod semanis kurma sentuh pasal isu kahwin awal ni. sweet sangat bila dengar cerita pasal Ustaz Zamri dengan isteri dia. study kat oversea lagi tu, mintak permission dengan ayah isteri dia sebab nak kahwin dengan anak perempuannya. woah! ni baru gentle. berani memikat bapak mertua. hehe. ada berani awak awak semua? jadi gentle macam ustaz ni. hehe. At last ustaz kahwin dengan isteri dia,dengan restu family and then still next study. masing masing dapat result yang excellence. time tengok episod ni, terfikir something,alangkah bahagianya kalau aku pun boleh buat macam tu. tapi semua rezeki Allah kan.

Aku nak cerita lebih pasal ni pun,aku tak de experience kahwin awal kan jadinya kalau nak lebih ilmu pasal kelebihan kahwin awal ni, tanyalah orang yang lebih berpengalaman.Blog Mira and Muhsin, and Dena Bahrin. dua blog ni lah yang aku maksudkan. sweet sangat baca blog diorang. Rasa terharu sangat, she said yang dia sama sama tunaikan solat jemaah dengan husband dia, buat qiamullail sama sama. masyaallah! sweet sangat. even dia terpisah jauh dengan husband dia but kasih sayang diorang tetap kukuh. dan rezeki diorang kahwin awal, her husband got 2 scholarship lagi and if I'm not mistaken both of them dapat result yang excellence. katanya,rezeki kahwin awal Allah bagi.

awak tanya orang, awak tu macam mana?


oh saya?urm..kalau diberi kesempatan dan peluang untuk berkahwin awal, insyaallah saya terima andai sememangnya dia jodoh saya di sebalik petunjuk yang Allah beri. sebabnya,bagi saya,kahwin awal ni dapat bantu dalam study. lagi lagi kalau dapat husband yang understanding. lagi semangat nak study kan? well. lain orang lain pendapat. for me,kalaulah jodoh tu sebaya,why not sama sama belajar capai kejayaan tu and at the same time sama sama membina kebahagiaan rumahtangga. bukankah lebih manis begitu? kalau yang still study?urm, tak menghalang nak kahwin awal kalau masing masing dah berniat untuk mendirikan rumahtangga dan yang penting berniat untuk mengambil pasangan itu menjadi pasangan hidup kerana Allah. Insyaallah,dengan keizinanNya,segala urusan dipermudahkan. and me,sangat percaya cinta lepas kahwin,dan yang paling penting restu parents. Insyaallah bahagia sampai ke jannah. siapa tak nak sama sama berada di jannah. bahagia di sana. Ya Allah,sangatlah manis kebahagiaan itu.

panjang pulak jawapan aku kan.hehe. well,dah lama nak update pasal ni tapi asyik postpone je


and to that special one yang baca entri ni, semoga jodoh kita berpanjangan. Insyaallah dipermudahkan segalanya,just that kita jangan lupa doa pada Dia yang mempertemukan kita.mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan.bila awak cakap awak dah cerita pasal kita kat your mum,I think you're very serious about this. Insyaallah one day,I'll meet your beloved mum and family and you'll meet mine. *okay,segan pulak! haha.*


tapi ingat,kahwin awal ni sangatlah besar pahalanya tapi kalau niat tu salah,betulkanlah. semoga kebahagiaan menjadi hak milik awak semua yang sudi membaca blog saya ni dan juga buat teman teman yang sedang bercinta. Semoga dialah pasangan hidup awak dunia dan akhirat. Jangan siakan peluang yang ada. Insyaallah semuanya dipermudahkan. Amin.




manis kan? ya,saya boleh rasakan kemanisan tu.hehe.:)


ni proof nye. siapa tak nak sama sama berjaya kan. :)

and tak lupa, selamat pengantin baru buat Scha and Awal. ekcelli terdetik nak sambung entri ni sebab lepas tengok majlis akad nikah diorang kt tv petang td. hehe.

okay,sekian sahaja celoteh saya hari ni,rasa panjang pulak bercerita..kalau ada silap kata,jangan segan untuk menegur. have a nice day. assalamualaikum.





4 comments:

  1. suka post ini, buat saya rasa nak kahwin awal jugak.. tapi jodoh tak sampai lagi.. :)

    ReplyDelete
  2. kawinlah awal kalau dah ada calon and mampu, hihi.. good luck, aku doakan kau kawen awal ;p

    ReplyDelete
  3. mira : terima kasih. and saya doakan awak dapat bertemu dengan someone yang baik,sama macam awak (:

    art : huhu,amboi sampai goodluck.hehe. insyaallah kalau ada jodoh tak ke mana. kau pun,moga jodoh panjang dengan azim (:

    ReplyDelete
  4. hahahak.. I xkesah u nk langkah bendul

    ReplyDelete