Monday, May 15, 2017

MY EDAY

Hi, lepas update yang pasal pegi Sabah haritu jadi semangat pulak nak update blog. hahaaa. chill! kita tengok semangat ni boleh tahan sampai bila. hihi.

MY E-DAY

Like seriously can't believe yang finally sis dah jadi tunangan orang rupanya. Pada mulanya memang taknak tunang pun sebab malaih nak buat preparation bagai lagi satu nak cut cost kahwin. Lepas tu bincang punya bincang macam tak proper pulak bila tak bertunang. So terjadilahh majlis pertunangan Amiza and Amir on 25 March 2017. Kalau 25 Februari cun jugak pasal genap 5 tahun rapat. Tapi tak apalah, sebulan lewat also can. hehe.

Yang ni kelakar, pasal pada mulanya taknak buat majlis apa pun, just nak mak dia datang and sarung je. Yang ada pun ingat nak ajak keluarga dekat je. Alih alih last minute punya plan, lepas dah discuss dengan family, ayah sis nak sponsor makan makan. So sis pun on jela without pelamin semua. Sis memang nak redho gilaaa nak pakai bedak compact tu jee dengan lipstick sikit. Dah. Bukan apa pun kan.

Tapi lepas fikir, disebabkan duit untuk tunang ni dah diprepare, jadi sis punnn terguna lahh untuk book pelamin and makeup. Total untuk mini pelamin dengan makeup RM350.00. Sis macam entahlah apesal entah aku pegi book makeup segala ni padahal ikut exact plan nak buat simple je. Pakai baju pun baju kurung.

Cite pasal baju kurung ni, cite dia baju ni beli lama dah ingat abis belajar dulu nak tunang terus tapi ade some problems and we need to postpone. So baju yang tak diguna dulu haruslah diguna time ni. Jimat sikit. Walaupun outdated sikit design nya tapi lantaklah. Baju pun besar tapi memang macam aku cakap tadi. Redho habisla. hehe.

Tahap sis nak simple sampai sis cakap kat Amir takpayah bagi barang hantaran pun, bawak cincin je. Its more than enough. Tapi cam tak manis Amir cakap pegi rumah orang tak bawak apa apa then tetibe terjadilah barang hantaran lima berbalas tujuh. Hahaaa. Ekau bayangkan dari nak simple tu dah jadi banyak pulak sampai barang hantaran ni. hehe. Thank you makcik. Makcik bagi hantaran anak makcik pun takpe. hahaa. k sis main main je.

Oklah, sis belanja some pictures time my-eday.



 

And last sis belanja gambar dengan my fiance and Insha Allah husband to be in coming 4 months. Doakan segala majlis berjalan lancar ya.

 Kalau orang tanya sis apa preparation kahwin, jawab sis dari 100% baru je 20% sis prepare hahaa and lagi 4 months. Harap sempatla sis siapkan semua on time. 

Kbai semua. Assalamualaikum. 

Monday, May 8, 2017

GIRLS TRIP TO SABAH


Hi semua. Lama betul tak update blog. Dah berapa tahun tak update. Ni baru lah ade mood semula nak update. Khusyuk sangat dengan kerja yang berlambak kat office and preparation for my wedding sikit. haha.

Girlstrip pegi Sabah ni dah lama sebenarnya. Harini la baru nak update. Lama dok KIV nak update tak terupdate. Jom kita throwback sikit trip kitorang ke Sabah.

Kitorang pergi dalam 4 hari 3 malam naik of course la Air Asia je yang murah tapi cerita dia kitorang beli tiket ni takde lah murah sangat but still affordable lah. At first, aku dok discuss dengan Azura je nak pergi KK, kira memang gamble habis lah pergi berdua pasal kitorang sama office and senang sikit nak apply cuti sesame. Pastu mula fikir eh jomlah try ajak geng geng lain kang berdua tak fun lah. So kitorang pun mula plan ajak ajak geng Dungun which is geng housemate aku time kt Seremban dulu and Jiyah. So total semua 7 orang pergi. Perghhh. Unexpected plan always awesome bebeh. Discuss discuss kitorang pun decide pergi 17/11/16 haritu. 

Total tiket flight pergi balik: (4h 3m)
RM 218.00 (per person) so sum RM 218 X 7 = RM 1526
Kitorang pergi hari Khamis sampai Ahad. Gunakan masa sebaiknya hehe. 
Tempoh dia 2jam 30minit ya gaiss. So better siap siap lah dengan movie dalam fon takdelah bosan sangat atas tu.

Untuk penginapan :
Kitorang jimat sikit part ni pasalnya kitorang roger kawan kitorang dekat Sabah and weols stay there. Thank you Maznah and family sebab sudi tumpangkan kitorang. Later kitorang datang lagi and jenguk baby pulak hehe.

Penginapan pulak nak cite yang kitorang tak stay dekat area Kundasang pun, kitorang dari sampai airport KK malam Khamis tu sampai Ahad kitorang memang stay dekat rumah Maznah. Even pergi Kundasang pun, kitorang balik hari. Memang gila jugakla sebab perjalanan dari KK ke Kundasang jauh jugak. hehe.

Bab transport pulak :
Ha, part ni kitorang memang plan malas gila nak drive. Memandangkan semua malas gila drive hehe so kitorang ikut apa Maznah plan, dia bagi kitorang nombor Abang Tourguide yang dia kenal which is dia lebih kurang Driver Taxi Airport. So dia akan drive bawak kita pergi mana mana ikut macam plan kitorang. Jadi senang lah, cakap je kita nak pergi mana kat abang tu. Sonang cito eh, takyah waze ke maps ke. hehe.

First day (Khamis) 
Kitorang naik flight pukul 8lebih malam and sampai airport KK dalam pukul 10lebih so bila sampai KK memang cite dia nak tido jelah. Kitorang sampai sampai tengok Maznah dah tunggu kat airport dengan husbandnya. Kesian mak buyung kena tunggu kitorang. Eh lupa nak bagitahu, kat Sabah ni lain dengan Semenanjung. kitorang sampai kat sana pukul 10 lebih tapi dah macam pukul 12 sebab diorang nya masa macam cepat sejam dari semenanjung. So memang sunyi abis lah airport time tu.

 


Second day (Jumaat)
Kitorang ni cite dia dah tido tu lambat gila tapi boleh pulak kitorang bangun pukul 4 pagi mandi and siap siap nak keluar. 4 pagi wehhh. kalau kat rumah sendiri 4 pagi tu tengah membuta. Ni semua sebab kat Sabah pukul 6 dah terang benderang dah luar rumah macam pukul 7 lebih. Memang rabak habislah mata sebab bangun awal.

First place : Kundasang 
Dalam pukul 6 camtu kitorang tolak ke Kundasang. Lebih kurang 2 jam jugak perjalanan ke Kundasang. Tapi ape ada hal, sebab orang bawakkan jadi lega sikit kitorang boleh membuta time on the way tu. hihi. But takkan lah membuta kan dah pergi Sabah jauh jauh takkan membuta terus of courselah hayati keindahan Sabah. Ha gituwww.



Time ni kitorang singgah dekat Pekan Nabalu before sampai Kundasang sebab nak makan makan sikit and kebetulan time tu nampak ada view ni so apa lagi. Its a must ok photoshoot. Sekali dengan abang tourguide tu pun kena jd cameraman. hehee.

Then teruskan perjalanan ke Dairy Farm. Kalau nak jimat minyak better korang bukak je tingkap sebab memang angin kt luar tu dah sejuk gilaaa dah. Kalah aircond dlm kereta sejuk dia.

Tadaa sampai pun lepas 2 jam dalam kete. Nampak tu. berduyun kereta time ni kat Dairy Farm. Benefit ktorang, kitorang takpayah risau nak park mana pasal abg driver tu dropkan kitorang and dia yg parking kan.




Happy family. Dah macam family potrait dah.


 Maafkan sis yang over diva. Apehal entahlah.

  
The four kepochi. hihi. Pandai jugak aku amek kan gambar ni nampak real gituww.


Nah. dua gadis yang penyayang dengan haiwan.

  
Wajib beli aiskrim dekat Dairy Farm ni. Ada dua flavor, Chocolate and Yogurt/Vanila (tak ingat) 
Then, teruskan ke Kundasang Memorial War. 







Tempat kitorang pergi kat Kundasang :
Dairy Farm (Tempat wajib pergi bila pegi Sabah) - RM5.00 per person
Kundasang Memorial War - RM2.00 per person
Kota Kinabalu Park (free)
Poring Hot Spring - RM3.00 per person


Kinabalu Park







Kitorang tak masuk Canopy Walk pasal dah spend time kat Dairy Farm lama gila dok photoshoot kat sana. Tapi ni some guidelines la untuk those yang nak masuk Canopy Walk. Btw kena hiking lebih kurang 30minit camtu tau untuk sampai ke Canopy Walk.

Fees untuk Canopy Walk (RM3.00)
And ada charge untuk bawak masuk kamera. RM 5.00 untuk satu camera/camera fon. Contoh kalau korang ada 7 orang, korang bayar jelah RM 5.00 untuk satu camera je tkpayah bayar untuk 7 orang. hehe. 


 


Memandangkan tak masuk Canopy Walk then haruslah ambil gambar bukti pernah pergi Poring Hot Spring ni hahaaaaa. 

On the way balik singgah Rumah Terbalik tapi kitorang pulak yang ter"balik" hahaa. kitorang tak masuk pasal dah sampai situ malam. Lagipun tak boleh bawak masuk kamera dalam rumah terbalik. Boleh tangkap gmbr kat luar luar tu je.
Fee : RM 10.00 per person

Third Day (Sabtu)
Ayuh gelapkan muka kat Pulau pulau cantik. 

Ok nak habaq sini, ada dua jeti sebenaqnya kt KK tu untuk pegi ke Pulau. Satu jeti tu dekat dgn Pasar Filipina and satu lagi Jetty Jesselton (yang ni jetty femes) pasalnya memang lgi proper ada kaunter semua and jetty dia pun lagi cantik. Nanti sis belanja gmbr dekat jetty tu ya. Sabaq na..

Kitorang naik kat jetty satu lagi psl abg driver tu ada kawan yang boleh arrangekan naik kt situ.

Untuk dua pulau:
RM 30.00 per person
Barang snorkelling : RM10.00-15.00
If nak cuba parasailing or other activities banyaklah. Ni boleh je cari bila sampai kat pulau sana. Or kalau kat jetty jesselton boleh tanya terus nak main apa, parasailing and others. 

Cam kitorang dapat naik parasailing harga RM65.00 lepas negotiate. Perabih negotiate dpt tu je harganya. Mula nya aku dengan zura je dok semangat nak naik parasailing and last berjaya jugak influence semua sekali naik hehee. Rugi weh datang pulau cantik tak naik parasailing. So kalau korang yang baca ni p sini better naik tauuu. Kawan den yang paling kecik tu pun berani ok sahut challenge. haaa thorbaek.
 


  



meet my friend Azura @ Shila Amzah



Pulau Sapi


 Pulau Manukan

Lepas tu masing masing kelaparan lepas snorkelling, parasailing, swimming and semua la and sampai je kat jetty tu terus pergi cari makanan. Tempat makan ni dekat dekat dengan Pasar Filipina, memang situ seafood dia masyaallah fresh fresh and murah. Wajib makan situuu. Tengok hasil 7 orang plus mak buyung punya melantak hehe. 

So total kitorang makan kat sini lebih kurang RM30 sorang sebab yang kitorang ambil tersangatlah banyak. Ketam, sotong, ikan, kerang and banyak lagi. So memang berbaloi. Cakap je kat akak kedai tu nak semua tu nak semua seafood tu masak apa. Diorang akan masak. Syok kan. Cakap je apa kita teringin. 





  







 
Let's close up apa yang kitorang makan kat sini :
 



  




Lepas kenyangkan diri, kitorang pun gerak ke Pasar Kampung Air. Pasar Kampung Air ni dia bukak malam and lagi murah dari Pasar Filipina. Tempat dia memang depan je dengan Pasar Filipina. Kalau nak cari souvenir better beli kat Pasar Malam Kampung Air ni. tapi kena pegi malam la tau. Kitorang rembat macam-macam ha, kerongsang beli berkotak kotak plus gelang mutiara yang cantik cantik tu. Pastu kitorang beli sikit sikit kerepek-kerepek kat Pasar Filipina.

Fourth Day (Ahad)
Okay dah last day, kitorang gerak pegi jalan jalan kat sekitar bandar KK. First pegi Pasar Filipina lagi sebab nak cam tak cukup je kerepek yang beli malam semalam. 

Lepas tu, kitorang pegi jalan jalan kat Jetty Jesselton semula sebab masa pegi pulau tak naik kat jetty tu. So nak tgk jugak jetty tu camana. Serious cantik. Berbaloi jalan dari pasar filipina ke Jetty Jesselton. 

Pasar Filipina



Then, kitorang berjalan dari pasar Filipina ke Jetty Jesselton. Gigih weh jalan setengah jam. Hahaa. Nasib banyak tempat boleh amek gambar.



Suria Sabah Mall
 
Here is Suria Sabah Mall. Sebab kan panas kat luar jadi masuk mall nak sejukkan diri. Good idea kan? hehe. Serious time ni cuaca panas gila.

As I promise, here gambar jetty yang cantik tu. Jetty Jesselton. Trust me, kitorang sanggup berjemur kat tengah panas tu dalam 2 jam. hahaaa. Lepas tu tak sanggup tengok muka masing-masing.  





Its a must ada gambar lompat kat mana mana tempat kitorang pegi. Actually aku je yang dok eksaited yang nak gambar lompat. Nasib lah you allsss kena ikut sis.




Jetty Jesselton


  Muzium Sabah 

 

Signal Hill Observatory Tower

Masjid Terapung Likas, Sabah


 Yayasan Sabah 

Okay, this is the end of our vacation. Such a sweet memories. Thank you travel buddies. Nanti sis dah kahwin jangan lupa ajak lagi pegi travel tempat lain pulak ya. 

Oh yaaa any guidelines boleh email. hehee. Maybe sis boleh bagi nombor fon untuk homestay murah ke kereta sewa murah ke or suggestion any tempat menarik yang sis tak mention kat atas. Kbaii semua jumpa next entri pulak eh. Banyak benda sis nak cite. Maybe pasal preparation wedding pulak ke.hehe.


 Last pictures at airport. 

email sis : amiezaahmad@gmail.com